KKTM Beranang

KKTM Beranang

Wednesday, May 15, 2013

Monday, May 13, 2013

Embedded...Majlis Perpisahan dengan Pengarah MJII

Kakitangan Embedded system telah bersama-sama berkongsi untuk memberikan sebuah komputer tablet sebagai hadiah cenderahati kenangan kepada Tuan Haji Wan Sabri. Semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baru seperti yang beliau lakukan di MJII ini.


Embedded...Majlis Perpisahan dengan Pengarah MJII


Tuan Haji Wan Sabri mengakhiri tugas beliau di MJII pada jam 5.30 petang 10hb Mei 2013. Selepas acara menanam pokok kenangan, beliau sempat berpiknik bersama kakitangan embedded system bagi merasa takoyaki dan goreng pisang.




Embedded...Majlis Perpisahan dengan Pengarah MJII





Tuan Haji Wan Sabri menyempurnakan acara menanam pokok kenangan sempena memperingati jasa dan pengorbanan beliau sepanjang di MJII.

Embedded...Majlis Perpisahan dengan Pengarah MJII


Tuan Haji Wan Sabri bergambar kenangan terakhir bersama pelajar-pelajar dan kakitangan embedded system MJII.


Embedded...Majlis Perpisahan dengan Pengarah MJII

Pelajar-pelajar embedded mengucapkan selamat berpisah kepada Tuan Haji Wan Sabri.



Saturday, May 11, 2013

Embedded...ITEX 2013






08hb Mei 2013, rombong pelajar semester 1 dan 2 ke ITEX 2013 diketuai oleh Mimi sensei.

Embedded...ITEX 2013


08hb Mei 2013, rombong pelajar semester 1 dan 2 ke ITEX 2013 diketuai oleh Mimi sensei.

Monday, April 22, 2013

Embedded...Pemantauan PnP oleh Pihak BKT MARA.


16hb - 17hb April yang lalu pihak BKT MARA telah mengadakan sesi pemantaua berjadual ke atas program-program diploma di KKTM dan MJII. Jabatan Embedded telah diwakili oleh Rokiah sensei untuk subjek Fizik 2.

Friday, April 12, 2013

Embedded...Al Fatihah


Saudari Hafizah Auni pelajar semester 4 Hikari telah menerima berita musibah iaitu kematian bapanya akibat kemalangan jalanraya pada petang tadi 12hb April 2013. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al Fatihah untuk roh ayah beliau. Kepada Saudari Auni, semoga anda tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang menimpa. 

Tuesday, April 9, 2013

Monday, April 8, 2013

Embedde...Mesyuarat MiROC 2013 dan Robocon 2013


Khalid sensei masih sempat bersmesyuarat dengan Zainal Sensei tentang perkemabngan MiROC 2013 dan Robocon 2013.

Embedded...Cenderahati dari rakan-rakan Embedded


Mimi sensei, Rokiah sensei dan Fatma sensei sedang memandu uji Tablet Acer yang akan dihadiahkan kepada Khalid sensei.

Sunday, April 7, 2013

Embedded...Pemergian Khalid Sensei


Mulai 15hb April 2013, Khalid sensei akan berkhidmat di KKTM Balik Pulau setelah 5 tahun berjuang bersama Jabatan Embedded di MJII ini. Selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.